MENTERI BAGI DALIL - Hijrah Tak Boleh Disamakan Dengan Pelarian
MENTERI BAGI DALIL - Hijrah Tak Boleh Disamakan Dengan Pelarian
Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) menggesa usul dibuat di Dewan Rakyat untuk menggesa Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) menarik balik kenyataannya bahawa Nabi Muhammad adalah pelarian.
Beliau berkata, kenyataan itu merupakan suatu kesimpulan yang mengelirukan dewan dan Islam itu sendiri.
“Sebut (Nabi) Muhammad sebagai pelarian sedikit bermasalah dari sudut tafsiran dan definisi.
“Ini kerana (Nabi) Muhammad bukan pelarian, tetapi berhijrah ke Madinah kerana dijemput oleh penduduk Madinah dan dilantik menjadi pemimpin Madinah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun timbalan speaker, Mohd Rashid Hasnon berkata, Mohamad tidak berada di dalam Dewan Rakyat dan meminta Fadhli menulis surat bagi mengemukakan usul itu.
Sebelum itu, Mohamad mengingatkan bahawa tokoh penting dalam Islam juga pernah menjadi pelarian, termasuk Nabi Muhammad.
“Jangan kita lupa sejarah. Jangan kita anggap kita lupa Islam itu ditegakkan oleh para pelarian, khasnya Nabi Muhammad yang menjadi pelarian atau berhijrah dari Mekah ke Madinah,” katanya di Dewan Rakyat.